15 May 2011

semua tentang aku , kau , dan dia

hari demi hari aku biarkan hari hari aku kosong . aku biarkan orang tertawakan aku sebab masih bodoh harap kan kau . hari demi hari jugak aku menagis . sebab rindu kat kau, segala janji yang kau bagi dekat aku semua tinggal harapan . aku bagaikan burung yang beterbangan tanpa arah tujuan . aku seronok dgn dunia aku sendiri, dengan dunia yang penuh angan angan dan juga kenangan aku bersama kau.

" sabar sabar sabar " itu yang sering aku dengar dari mulut kawan kawan aku , yahhh. aku tahu. mereka tidak pernah mahu melihat aku derita sendirian . begitu juga aku . aku mahu bebas dari semua ini . cume aku tak mampu . kerana jeratnya begitu pedih untuk aku lupakn semua nya. sendirian aku menangis dikamar ku apabila aku menatap gamba kau. kecewa,sedih,rindu, semua perasan bercampur baur didalam hati aku.

apa lebihnya dia? apa istemewanya dia sehingga kau sanggup melukakan hati aku? sehingga kau sanggup musnahkan semua harapan aku sedangkan kau juga yang mencipta harapan itu untuk aku. kau pandai bermain kata, bermain dgn emosi aku, sayang. bagaimana harus aku lupakan kau?

aku masih sendirian. aku masih mengharapkan mu. aku masih ingin peluang untuk berasa didalam hati mu seperti dulu. andai bisa waktu diputarkan. mahu saja aku kembali pada dulu. namun, ia sekali lagi hanya angan angan. aku tetap dalam keadaan yang sama. kosong. celaru. saat ini ingin sahaja aku mohon pada tuhan agar hilangkan saja ingatan aku. supaya aku boleh lupakan semua kepahitan ini.

setelah semuanya berlalu. aku bangkit perlahan demi perlahan. aku ingin mengubah semua nya. aku ingin melupakan kau walaupun ia payah namun aku tahu aku boleh. aku cuba kuat. aku cuba berdalih tiap kali terserempak dgn kau. aku cube menbuang segala kenangan kita tidak kira baju mana yang pernah aku pakai saat berjumpa dgn kau. aku juga sanggup untuk tidak keluar rumah semata-mata untuk tidak terserempak dgn kau jadi aku boleh lupakan kau dgn segere. huhh. tahukah kau begitu besar cinta aku?

" SINAR KEBAHAGIAN" didalam hidup ku kini sudah tiba. dia insan pertama yang membuat aku bahagia. sedikit demi sedikit aku mula terhibur dgn semua keletah dia. aku mula mampu mengukir senyuman ikhlas dari hati aku. bukan aku seorang sahaja yang perasan atas perubahan diriku ini. malah kawan kawan aku jugak perasan benda yang sama. jadi kawan kawan aku yakinkan aku bahawa engkau lah orang yang tepat untuk aku berkongsi suka dan duka. tapi. tunggu dahulu. aku masih mahu mengenali mu. aku belajar dari pengalaman. aku tidak mahu tertalu gopoh . sabar dulu sayang. jgn kau risau. hati aku memang untuk mu. cume aku mahu bagi kau sedikit masa untuk mengenali ku sepenuhnya.

PERGILAH DIKAU WAHAI KENANGAN PAHIT aku tidak mahu kebahagian aku dinganggu oleh segala kenangan pahit aku yang lalu. angin, bawaklah semua kepedihan yang aku lalui selama ini. bawanya kemana sahaja asalkan ia tidak berpatah kembali kepada ku. aku tidak sanggup. aku ingin sekali bahagia bersama insan yang amat aku cintai sekarang. mana mungkin aku mahu kehilangan nya. sungguh. aku amat mencintai mu sayang,

TERIMA KASIH wahai sayangku. kau lah sinaran bahagia aku yang amat aku nantikan. kau muncul pada waktu dan saat yang tepat, aku mengharapkan agar kita tidak akan melalui segala apa yang pernah aku lalui. kau faham aku dan aku jugak memahi engkau. jadi mudah bagi kita untuk berkomunikasi. kau akan aku semaikan didalam hati ini walau apa jua keadaan sekali pun. lagi sekali terima kasih wahai sinaran kebahagian ku.

PINTU HATI AKU sudah tertutup untuk mu wahai insan yang pernah melukan hati aku ini. tidak mungkin mampu untuk aku terima dikau kembali dan menghancurkan hati kekasih aku yang amat menyayangi aku jauh lebih baik dari mu. dia sayangi aku, dia hargai aku. sebegitu juga aku. sudahlah . kau juga yang mengajar aku erti kekuatan. bukan lah aku mendoakan agar kau merasakan apa yang pernah aku rasakan. cuma cukup lah sekadar memberi kau peringatan tentang betapa perih dan pedih hati ini apabila ia dilukai.

AKU HANYA INSAN BIASA YANG TIDAK LARI DARI KESILAPAN. NAMUN AKU CUBA MENPERBETULKAN KESILAPAN AKU DARI PENGALAMAN YANG BANYAK MENGAJAR AKU TENTANG KEHIDUPAN.

No comments:

Post a Comment